PANIK!!! 20 Penumpang Cemas Bas Dinaiki TERBAKAR

JOHOR BAHRU - Tindakan cekap seorang pemandu bas henti-henti yang memberhentikan bas serta merta apabila menyedari enjin bas mengeluarkan asap, berjaya menyelamatkan nyawa 20 orang penumpangnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang tadi di Batu 10, Jalan Skudai di sini, bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Kulaijaya hangus terbakar.




Gambar Hiasan



Kejadian tersebut yang berlaku berhampiran Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah (MBJBT) telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas teruk di sepanjang jalan terbabit.

Menurut Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Taman Universiti Jamil Onn, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.12 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Jamil, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 10 minit kemudian.

"Ketika kami tiba di lokasi terbabit bas tersebut sudah terbakar hampir 90 peratus.

"Selain bas, bumbung perhentian bas yang berdekatan turut terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian sebentar tadi.

Bagaimanapun, kesemua penumpang terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius.

Ujar beliau, pihaknya masih menyiasat punca kebakaran dan kerugian dianggarkan mencecah RM250,000. - KOSMO!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....