Pengorbananmu Dan Perjuanganmu Tidak Ternilai
"Ia sebagai penghargaan kepada anggota pasukan keselamatan atas jasa, keberanian, kebaktian dan pengorbanan mereka, dan semua anggota kakitangan awam yang terlibat dalam Ops Daulat.
"Maka, hari ini saya akan sampaikan secara simbolik kepada beberapa anggota kita yang terlibat dalam ops itu," kata Najib sempena majlis Penghargaan Ops Daulat di sini hari ini.
Kerajaan bersetuju mewujudkan pingat penghargaan khas yang dinamakan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) bagi menghargai anggota pasukan keselamatan dan agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dalam Ops Daulat.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, PKN boleh diberikan kepada mana-mana individu yang berkhidmat dan terlibat secara langsung dalam Ops Daulat yang bertujuan menentang pencerobohan pengganas di Lahad Datu.
Mengenai anggota yang cedera dalam Ops Daulat itu, Najib berkata, mereka ditawarkan membeli 50,000 unit saham Bank Rakyat seorang. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....