OPS DAULAT: Pengalaman Dari Polis Marin. KAU JUA PERWIRA KAMI!!!



Pasukan keselamatan mengawal ketat perairan Lahad Datu 
sepanjang pencerobohan pengganas Sulu




"Pada mulanya saya tidak sangka situasi di sana teruk. Keadaan lebih dahsyat dari apa yang saya bayangkan sebelum tiba di sana," katanya kepada pemberita pada majlis menyambut kepulangan anggota pasukan Polis Marin yang menyertai Operasi Daulat, di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, di sini, semalam.

Selama 10 tahun berkhidmat dengan pasukan Polis Marin, pengalaman di Lahad Datu antara kejadian yang akan kekal terpahat dalam kenangan Koperal Mohd Shahrizan Abd Ghani, 31.


Beliau merupakan seorang daripada 21 anggota Unit Gempur Pasukan Polis Marin Wilayah Dua yang terlibat dalam Operasi Daulat, menentang pencerobohan pengganas Sulu, di Lahad Datu, Sabah.




Menceritakan pengalamannya, Mohd Shahrizan yang berlepas ke Lahad Datu pada 20 Feb lepas, berkata walaupun ditugaskan mengawal pesisir pantai sepanjang Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, bunyi letupan yang begitu dekat kedengaran, memberitahunya akan situasi bahaya yang dihadapi.


Turut menyambut kepulangan anggota polis itu ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Komander Polis Marin Wilayah Dua ACP Zainul Abidin Hasan.


Seorang lagi anggota unit itu, Lans Koperal Mohd Hafizi Abdullah, 31, berkata beliau bangga dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab mempertahan kedaulatan negara daripada penceroboh.


Mereka ditugaskan ke Sabah lapan hari selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.


Sementara itu, Mohd Mokhtar yang mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengucapkan syabas kepada semua anggota polis terbabit.


Beliau berkata semangat juang yang ada pada semua anggota berkenaan perlu dijadikan tauladan bagi semua pihak.


-- BERNAMA


BB : Terima Kasih!!! Kamu Jua Perwira Negara!!!

3 ulasan:

  1. warga pesisir pantaiApril 02, 2013 2:09 PTG

    Tahniah buat seluruh anggota pasukan polis marin,juga seluruh angota pdrm dan atm..ketahuilah bahawa khidmat pasukan polis marin masih releven dan masih diperlukan oleh warga pesisir pantai diseluruh malaysia...

    BalasPadam
  2. Sebagai penghuni pesisir pantai Timur Sabah, sy akui Pasukan Polis Marin amat diperlukan, lebih-lebih lagi sejak kejadian pencerobohan pengganas dari Sulu di Kg. Tanduo. Secara dasarnya pasukan ini wajar diperkembangkan semula dan PM haruslah mempertimbangkan semula kewujudan APMM yang saya rasa tidak begitu berfungsi khususnya di perairan pantai timur Sabah. Sejak APMM mengambil ahli bidang kuasa dan kerja PPM, saya sebagai penghuni laut sekitar Sabah tidak nampak apakah sumbangan dan fungsi sebenar APMM. Kejadian pencerobohan di Sabah membuktikan bahawa APMM tidak relevan dan GAGAL. Lebih memalukan lagi apabila ramai para nelayan mengeluh dengan sikat APMM yang suka meminta2.

    BalasPadam
  3. Setuju dengan ANAK LAUT, sikap meminta-minta APMM haruslah dihapuskan hingga ke dasarnya.
    Kerana sikap meminta-minta inilah menyebabkan penceroboh mudah seludup senjata ke Sabah terutamanya ke Simunul Samporna dan telah membunuh anggota Polis kita.

    Apakah itu meminta2? fikir fikirkan

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....