OPS DAULAT : MESTI BACA!! LUAHAN PERAJURIT PERWIRA NEGARA

Terpaku dan Terdiam Seketika!!! 

Nah, benar apa yang diluahkan ini kerana BB juga mempunyai pertalian yang kuat dengan pasukan keselamatan ini.

BB hanya berjuang di meja pejabat, ada air cond, ada bilik khas. Memang kadang-kadang terpaksa tidur dalam kereta, tidur lewat tak kira masa. Tapi mereka??


Mari Kita Renung-renungkan...

LUAHAN HATI PERAJURIT KITA


ORG AWAM.

Kami bekerja waktu pejabat. Jika rajin buat overtime. Gaji kami besar, cuma perlu beri komitmen terbaik. Kami sentiasa bersama keluarga. Hari perayaan kami sentiasa ada.

TENTERA.

Kami bekerja 24 jam sehari. Kalau malas baru kami dapat lelap ayam. Gaji kami kecil tidak setanding sijil dan masa perkhidmatan. Waktu perayaan jika ada belas kasihan dari pegawai atasan. Tapi kami kena bagi komitmen terbaik, kena korbankan mentaliti kami, korbankan nyawa kami, korbankan kasih sayang kami. Sentiasa tiada masa bersama keluarga terutama ketika bertugas. Badan kami untuk negara, makanan kami alakadar, perut kami buncit bila usia meningkat kerana kehilangan banyak hormon akibat lasak. Pakaian kami tidak perlukan jenama. APA YANG KAMI (Tentera) DAPAT! KAMI GEMBIRA DAPAT LIHAT NEGARA KAMI AMAN. Hmm, betul ke aman? Aman bagi rakyat, tapi bagi kami, kami sentiasa berperang. Mental kami sentiasa diuji.

ORG AWAM.
Belahlah askar....penceroboh masuk senang jer, askar buat apa?

TENTERA.

Kami tiada belas. Ikutkan jiwa kami cincang penceroboh negara. Tapi kami penuh disiplin. Strategi kami demi rakyat yang tak berdosa. Bukan semua pertahanan kami dibenarkan.

ORG AWAM.

Alahhhh.. Polis kita dah mati. Askar jalankanlah tugas.

TENTERA.

Malaysia negara diplomatik. Malaysia sering gunakan perbincangan sebagai langkah utama. Memang polis dah ada yang mati. Tapi kalau tentera masuk campur, peperangan akan berlaku. Bukan sahaja polis, malah oran awam turut akan terkorban.

ORG AWAM.

Sudahlah. Kerajaan lembab. Tentera malas, kami rakyat ketakutan.

TENTERA.

Inilah penghargaan yang kami terima dari rakyat setelah korbankan keluarga kami, mental kami, hidup kami dan harta kami untuk negara. Tapi kami tetap setia kepada negara. Nantikan arahan dan kami akan bertindak. Tindakan kami ada strategi. Polis pon hebat cuma mereka tidak diberi kuasa oleh undang-undang. Rakyat bersuara, kami terima, arahan diberi ,kami mara. Kerana Malaysia, kita yang punya.


TITIPAN KISAH PEJUANG 2

Seorang Pagawai polis berpangkat Inspektor yang merupakan rakan rapat kepada Inspektor Zulkifli yang terbunuh di Lahad Datu baru baru ini tidak dapat menahan sebak sewaktu bertemu dengan Balu Allahyarham Zulkifli, dan mendengar luahan hati dan pesanan dari Balu sahabat karibnya itu sebelum kembali ke Lahad Datu, di Sambutan hari polis tidak lama dulu. 

Beliau turut sama berjuang di Lahad Datu dan ditawar untuk balik kesemenanjung Malaysia tetapi menolaknya kerana mahu menyelesaikan tugas di Lahad Datu terlebih dahulu...

Alllahuakhbar dan Alfatihah untuk mereka yang telah tewas....






TITIPAN KISAH PEJUANG 2

Biar seragam disarung pudar warna, namun bukan semangat juangnya.


Terkesan dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah, veteran polis, Baharin Abu Bakar, 84, kembali menyarung seragam lamanya ketika menghadiri majlis Himpunan Ramah Mesra Veteran Polis, Special Constable (SC), Home Guard (HG) dan Jungle Scout/Squad bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob di Kuantan.







KREDIT KEPADA : KPPVVK

2 ulasan:

  1. hebat...perjuangan yg sentiasa diremehkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiada apa yang dapat membalas perngorbanan mereka.

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....