“Sedangkan, peguam pun perlu bergantung pada dokumen. Sebab itu saya cadangkan pihak Arkib Negara menubuhkan pasukan khas bagi mencari dokumen berkaitan di Sepanyol, Belanda, UK dan US kerana negara-negara ini terlibat.
“Pada masa sama, semua warga akademik dan sejarawan perlu membantu kerajaan dan menjadi satu ‘kefardhuan’ kerana kita tidak mahu lagi terlepas, sebagaimana kita terlepas Batu Putih, yang kita ambil mudah selepas kita menang Pulau Sipadan dan Ligitan terhadap Indonesia,” kata Dr. Hamdan.
Dr Hamdan menunjukkan buku ditulis Allahyarham Prof Datuk Dr Nik Anuar Nik Mahmud
tentang Tuntutan Filipina Ke Atas Borneo Utara.
Kerajaan perlu bersiap sedia secara aide memoire dan memperkukuhkan segala dokumen bertulis serta bercatat yang diambil dari dalam dan luar negara daripada sekarang, bagi menghadapi kemungkinan tuntutan terhadap Sabah pada masa depan.
Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Universiti Malaysia Terengganu, Dr Hamdan Aziz berkata, kerajaan perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura, sebelum ini.
Katanya, kelemahan ketara terhadap kekalahan itu adalah kerana Malaysia tidak bergantung pada sejarawan dan dokumen, sebaliknya banyak bergantung pada peguam.
“Sedangkan, peguam pun perlu bergantung pada dokumen. Sebab itu saya cadangkan pihak Arkib Negara menubuhkan pasukan khas bagi mencari dokumen berkaitan di Sepanyol, Belanda, UK dan US kerana negara-negara ini terlibat.
“Pada masa sama, semua warga akademik dan sejarawan perlu membantu kerajaan dan menjadi satu ‘kefardhuan’ kerana kita tidak mahu lagi terlepas, sebagaimana kita terlepas Batu Putih, yang kita ambil mudah selepas kita menang Pulau Sipadan dan Ligitan terhadap Indonesia,” katanya.
Menurutnya, jika dikira kepada beberapa kes Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini seperti Pulau Sipadan dan Ligitan yang memenangkan Malaysia, ia secara jelas menunjukkan wilayah Sabah adalah menjadi milik Malaysia.
Namun katanya, kemenangan itu adalah kerana Malaysia mempunyai dokumen yang kuat, iaitu dokumen surat kuasa memungut telur penyu oleh pihak British.
“Jadi, mengambil iktibar daripada kejadian itu, kita mesti bersiap sedia dan sejarawan perlu bantu dan menjadi kewajipan kepada semua sejarawan membantu kerajaan.
Selain itu katanya, pihak Arkib Negara perlu menutup terus dokumen sensitif kepada orang luar, kecuali untuk kajian dan dibuka khusus untuk orang tertentu sahaja.
Jelas Dr Hamdan, ini bukanlah bermakna pihak arkib menutup terus kepada pihak berkenaan tetapi mengklasifikasikan dokumen terhad kepada pihak-pihak luar.
- SINAR HARIAN
- SINAR HARIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....