Memahami Perang Gerilla - PART 1

"Jamalul Kiram boleh cakap apa saja. Kami akan tentang mereka habis-habisan," kata Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mejar Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, merujuk kepada kenyataan Jamalul Kiram III yang melancarkan Perang Gerilla menentang pasukan keselamatan Malaysia pada 17 Mac lalu.





Sejak itu, rakyat mula tercari-cari pengertian Perang Gerilla.

Guerrilla Warfare (GW) atau Peperangan Gerila ialah satu bentuk peperangan bukan konvensional di mana sebuah kumpulan kecil kombatan, termasuk orang awam bersenjata menggunakan taktik ketenteraan seperti serang hendap, sabotaj, peperangan kecil, unsur kejutan dan kebolehan bergerak yang luar biasa untuk mendominasi pasukan tentera yang lebih besar dan kurang keupayaan mobiliti disebabkan saiznya, atau menggugat sasaran yang lemah, dan kemudian berundur sepantas mungkin.

Istilah ini dalam bahasa Sepanyol membawa maksud “peperangan kecil” dan telah digunapakai untuk menerangkan konsep ini sejak abad ke-18 atau lebih awal. Secara bahasanya, terma ini digunakan utk menggambarkan perbezaan dengan tentera profesional yang lebih formal. 

Strategi dan taktik perang gerila lebih memfokuskan penggunaan pasukan kecil yang lebih mudah bergerak bagi menentang pasukan yang lebih besar dan sukar bertindak. Ia lebih menekankan pembahagian pasukan kepada unit-unit kecil, banyak bergantung pada sokongan dari penduduk tempatan dan mengambil kesempatan menggunakan kelebihan yang terdapat pada permukaan bumi yang menyokong pergerakan unit-unit kecil ini. 

Secara taktikalnya, pasukan gerila akan cuba mengelakkan konfrantasi dengan pasukan musuh dalam pasukan besar, sebaliknya mencari dan memusnahkan kumpulan-kumpulan kecil untuk meminimakan kerosakan kepada unit mereka sendiri dan mengecilkan kekuatan lawan. Selain daripada anggota pasukan lawan, mereka juga akan mensasarkan sumber. 

Tujuannya adalah untuk melemahkan pasukan lawan, menyekat pergerakan dan membuatkan pasukan lawan akhirnya berundur. 

Dalam bahasa mudah, Mao Zedong merumuskan peperangan gerila sebagai: " Musuh mara, kita undur. Musuh berkhemah, kita ganggu. Musuh keletihan, kita serang. Musuh undur, kita kejar." 


ANTI GERILA

Gerila agak sukar dibanteras, tetapi beberapa prinsip anti-gerila yang telah digunapakai sejak 1950 dan 1960 ternyata telah berjaya membasmi anasir ini. 

Antara hasil kerja anti-gerila yang boleh dijadikan panduan adalah oleh Sir Robert Thompson, pakar anti gerila semasa zaman darurat Malaya, yang memberikan banyak landasan berguna untuk dijadikan panduan. 

Antara perkara yang harus dititikberatkan adalah : 

Rakyat adalah kunci utama yang harus dilindungi, dan isu utama bukan daerah yang ditawan atau musuh yang ditumbangkan. Maka usaha harus ditumpu kepada memberikan keselesaan fizikal dan kemakmuran ekonomi sebagai bekalan populasi tersebut menentang serangan dan propaganda oleh pengganas. 

Mesti terdapat wawasan yang jelas yang boleh membayangi, menyamai atau meneutralkan wawasan pihak gerila.

Tindakan praktikal mesti diambil pada peringkat bawahan untuk menyaingi idea politik pasukan gerila.

Bersambung.............

1 ulasan:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....