Macam Ni Ke Nak Ubah? Lu Fikir La Sendiri

Kita sudah biasa dengar laungan UBAH Pakatan Rakyat. Apa yang hendak diubah?

Nak UBAH keamanan dan keharmonian kepada konflik dan keganasan? Negara kita merupakan sebuah negara yang mempertahankan keamanan dan keharmonian. Pernahkan kita dalam pentadbiran BN mengalami demonstrasi jalan? Mogok? Sepertimana yang sering dilakukan oleh pihak Pakatan? Itukah UBAH yang rakyat mimpikan?




UBAH? NAK MACAM INI KE?

Nak UBAH perkembangan ekonomi Malaysia dari 5.6 % dengan kadar inflasi yang rendah ke kadar inflasi yang tinggi ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan? Itukah UBAH yang anda nak?

GDP Growth
Kadar pengangguran di Malaysia juga telah diatasi dengan pelbagai program melalui agensi kerajaan dan GLC. Ramai graduan telah mendapat kerja yang setimpal dengan pendidikan dan kelulusan mereka di sektor kerajaan mahupun sektor swasta. Jadi nak UBAH apa lagi?

Sebelum kita fikirkan UBAH, ingat perubahan yang drastik dan radikal boleh menyebabkan kegagalan dalam sekelip mata.

Jangan mengambil keputusan dengan mendengar suara emosi Pakatan. Anda, rakyat yang bijaksana, pasti mampu mengambil keputusan yang tidak akan menjejaskan masa depan anda dan anak - anak anda.


- SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....