Kesalahan yang didedahkan Rafizi semalam melebih dari tuduhan kes pembunuhan Altantunya dan rasuah pembelian kapalselam Scorpene.
Hooi gila beb!
Ia menjejaskan keselamatan negara dan reputasi PM. Najib mesti letak jawatan! Apa kesalahannya?
SPEEDING lebih had laju yang ditetapkan. Ada orang mati? Takde. Ada polis dirasuah jangan keluarkan speeding ticket? Takda.
Semalam Rafizi membuat pendedahan yang sangat2 menggemparkan negara apabila mendedahkan Datin Seri Rosmah ada dua saman aes yang belum dibayar. Serangan terhadap Datin tidak habis2 dan terus dijadikan sasaran untuk menimbulkan rasa benci masyarakat terhadap PM dan isteri.
Rafizi kata Najib mengamalkan undang-undang double standard. Isterinya dia sendiri kena saman dan saman yang belum dibayar boleh dilihat oleh semua orang di seluruh dunia melalui laman MyeG
Logikkah dituduh double standard. Jika double standard takdelah datin seri kena saman...
Terima kasih kepada Rafizi kerana mendedahkan perkara ini dimasa kempen PRU kerana perkara ini boleh membantu BN. Sekali gus menafikan dakwaan yang dibuat pembangkang selama ini bahawa BN mengamalkan undang2 yang tidak adil, salah guna kuasa dan sebagainya.
Apa yang didedahkan Rafizi semalam membuktikan di bawah pentadbiran BN undang-undang dikuatkuasakan ke atas sesiapa sahaja tanpa memilih bulu.
Bukan seperti Rafizi yang mengaku dirinya seorang akauntan tetapi tidak tahu undang-undang BAFIA. Bila kena dakwa mengamuk kononnya undang-undang tak betul dan tak adil. Dah lakukan kesalahan terima sahajalah hakikat dan bersedia hadapi hukuman.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....