HAIRAN : CALON PRU 13 PENERIMA BR1M?

DUN N07 Bukit Serampang dilihat agak pelik dan sangat sunyi. Mungkin Calon PKR iaitu Cikgu Saadon yang kini nama popularnya Saadon BR1M dilihat agak senyap dan seperti tidak berkempen dalam PRU13 ini. Apa yang dilihat Saadon hanya meletakkan banner dan sedikit bendera di kawasan DUN Bukit Serampang. 

Amat berbeza dengan Calon Barisan Nasional iaitu Haji Ismail Mohamad yang setiap hari ada sahaja program yg dibuatnya. Beliau bukan sahaja menemui pengundi-pengundi melalui acara walkaboutnya, Beliau turut naik ke pentas-pentas ceramah untuk memperkenalkan diri dan beramah mesra dengan penduduk setempat. 




Cikgu Saadon Calon PKR DUN N07 Bukit Serampang
layak menerima BR1M????


Mungkin asas Beliau yang kini menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh tampak lebih mudah untuk menemui pengundi dan penduduk yang berada di sekitar DUN Bukit Serampang. Beliau jelas tidak kekok dan mudah berinteraksi. Sikap beliau yang mudah mesra memudahkan pengundi-pengundi mendekati beliau.

Berbanding Saadon yang sebelum ini terlibat dengan beberapa isu yang agak panas antaranya menipu dalam proses isi borang permohonan BR1M dan ada cerita penduduk setempat yang mengatakan Saadon pernah menghalau peniaga kecil yang selama ini berniaga di atas tanah yang baru dibelinya tanpa sebarang notis. 

Pada pandangan penulis, jika Calon yang boleh menipu untuk jumlah wang sebesar RM500, bagaimana jika dia diberi peluang untuk mewakili rakyat setempat dan bakal menguruskan jumlah wang yang lebih besar? Mungkin tidak keterlaluan jika penulis ingin mengatakan pengundi sengaja mencari nahas jika memilih calon seperti Saadon dan amatlah rugi jika menolah individu yang jelas mudah didekati, mesra dan bersih dari isu seperti Haji Ismail Mohamad. #VOTE BN pilih #BetterNation

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....