Kuala Lumpur: Sebanyak 15 buah rumah di Kampung Puah Lembah, Sentul, di sini, musnah dalam kebakaran petang semalam menyebabkan penduduknya kini tinggal sehelai sepinggang selepas api merebak dengan cepat.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, kebakaran terbabit berpunca daripada sebuah rumah yang tidak berpenghuni tiba-tiba terbakar sebelum merebak ke kediaman lain malah angin kuat ketika itu menyebabkan api merebak dengan cepat.
ANGGOTA bomba meninjau kawasan sekitar selepas api berjaya dipadam
Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.27 petang dan tiba ke tempat kejadian beberapa minit kemudian.
Menurutnya, api berjaya dikawal setengah jam kemudian dan kebakaran terbabit membabitkan 15 buah rumah yang telah dibina lebih 20 tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....