Penamaan Calon telah dijadualkan pada 20hb April dan pilihanraya pada 5hb Mei. Walaupun tarikh ini baru saja diumumkan, pembangkang telah lebih awal lagi mengumumkan calon-calon mereka di beberapa kawasan yang mana menyaksikan perbalahan dan kecelaruan yang parah dalam pakatan itu.
Tentulah bohong jika dikatakan Barisan Nasional tidak turut mengalami demam pilihanraya tetapi, berbanding dengan pembangkang, BN nampaknya jauh lebih tenang dan menyerahkan bulat-bulat kepada kepimpinan dalam soal pencalonan. Biarpun usaha untuk menonjolkan diri, membodek dan mencantas tetap wujud, tetapi sebagai sebuah parti yang rasional dan matang, semua pihak di dalam BN akur akan kedudukan, peranan dan keutamaan dalam memastikan kemenangan.
Pendek kata, BN adalah parti yang berhemah dan professional serta ikhlas menjulang amalan demokrasi. Perbezaan yang paling jelas antara BN dan PR dalam menghadapi pilihanraya ialah sikap kuku-besi yang langsung tidak wujud dalam diri pemimpin BN. Dato’ Seri Najib tidak pernah meminggirkan pandangan akar umbi atau mana-mana pihak jua, dalam menentukan calon.
Justeru, tidak hairan beliau mengambil masa yang lama untuk membubarkan parlimen, dan seterusnya mengumumkan nama calon. Kita sedar bahawa bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak, tetapi mahu tidak mahu, keputusan perlu dibuat dan satu pihak mungkin akan kecewa. Pun begitu, ia bukanlah alasan untuk penyokong-penyokong mengejek pilihan Perdana Menteri sepertimana yang dilakukan oleh penyokong PR terhadap Anwar.
Selain itu, tiada ruang di dalam BN bagi mana-mana pihak untuk memanipulasi atau bermuslihat mengumumkan nama orang lain selain dari yang dipilih oleh kepimpinan tertinggi sepertimana yang belaku antara PKR dan PAS di Perlis. Kita juga tidak mungkin menyaksikan PM selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO mengenepikan parti-parti komponen secara paksaan, kasar dan biadap sepertimana yang dilakukan oleh DAP di Johor.
Sebaliknya, semua permasalahan dibawa berunding bagi mencari penyelesaian paling praktikal dan tepat untuk kebaikan parti secara keseluruhan. Ini mudah dilakukan oleh BN kerana semangat setiakawan di dalam BN adalah asli, ikhlas iaitu bukan lakonan atau kepura-puraan. BN tahu menghormati ketua dan sentiasa mengambil sikap beradab sopan. Kerana itu, tiada kecelaruan di dalam BN melainkan terus bergerak lancar menuju pilihanraya.
Meskipun mungkin ada beberapa perkara yang belum selesai, semua pihak cukup maklum bahawa ia pasti akan selesai sebaik saja penamaan calon. Perlu difahamkan bahawa kelancaran gerak kerja ini bukan sahaja disebabkan BN cekap dan berpengalaman, tetapi yang lebih penting ialah sikap masing-masing di dalam parti yang mana tidak mampu disaingi oleh pakatan.
Dengan segala kekecohan dan kecelaruan yang berlaku, jalan PR untuk ke pilihanraya kelihatannya terlalu sukar, sekali gus menyebabkan jalan untuk ke Putrajaya menjadi semakin kabur bagi mereka. Dalam keadaan ini, kita merasakan bahawa Perdana Menteri boleh saja mengumumkan nama-nama calon BN pada bila-bila masa.
Kita pasti ia tidak akan membawa apa-apa kesan buruk kepada BN, sebaliknya akan membantu menyediakan jentera parti, dari segi mental dan fizikal dengan lebih awal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....