ASTAGHFIRULLAH AL'AZIM - Tiada Pahala Bagi Sembahyang Orang UMNO???


Astaghfirullah al 'azim...... BB Mengucap Panjanggggggg bila membaca kenyataan dari Tok Guru ni. Ni Bukan nak SPIN ok, ni betul-betul diucapkan oleh Tok Guru.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mencetuskan kontroversi lagi dengan mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Menteri Besar Kelantan itu turut mendakwa UMNO menolak Allah SWT kerana mengamalkan dasar kebangsaan yang menolak dasar Islam dalam pemerintahan.





"Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan," katanya ketika menyampaikan ceramah di Kampung Jambu, di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu, Nik Abdul Aziz dalam sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 mendakwa UMNO merupakan sebuah parti murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Beliau dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut berdoa kepada Allah SWT supaya menjahanamkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa mengadakan solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

Sumber theunspinners


Tengok Banner Ni Pula :

HUH!!! Walau Yg Lain OK, Tapi Yang Ni Kawe Tak OK!!!


  • Liza Johari haha..dh tetiba org pas tak buat banner tu..kat kmpg sy berlambak banner sebegitu.. terang2 depa yg letak, bila org persoalkan kata2 camni, boleh je tetiba kata difitnah... sudahlah...asyik main drama tak habis2

9 ulasan:

  1. Kalau dah Soal AGAMA dicampur dalam politik... macam ni la jadinya..

    BalasPadam
  2. AGAMA ISLAM BUKAN UNTUK DI POLITIK KAN..KITA TIDAK TAHU DI AKHIRAT NANTI KITA DI TEMPATKAN DI MANA..WALAU SERIBU TAHUN HIDUP KITA MENYEMBAH ALLAH S.W.T ANDAINYA HATI KITA MENDOAKAN KEBINASAAN INSAN LAIN,BELUM TENTU KITA AKAN KE JANNAH..KITA SEMUA INSAN BIASA DI DUNIA SEMENTARA INI.ALLAH MAHA BERKUASA ATAS SEMUA.JGN POLITIKKAN AGAMA ISLAM..

    BalasPadam
  3. adoiiiiii........tok guru kata gitu lak

    BalasPadam
  4. Astaghfirullah al'azim..

    BalasPadam
  5. kita yang sedikat berakal ini...pikir2 kan lah.....mana yang baik dan mana yg buruk

    BalasPadam
  6. kalau nak jadi pemerintah kenalah jalankan undang2 dan hukum2 islam yg sebenar...jika tak mahu jalankan hukum2 islam yg sebenar...jgnlah sibuk nak jadi pemerintah dan jgn halang org yg nak laksanakan hukum2 islam...ini dah takknak laksanaka atau tak mampu...dok halang pulak org yg nak laksanakan hukum islam..itulah namanya umno...yg maksudnya juga penghalang dan penentang hukum islam 24jam sehari....jd...camna solat org umno nak dapat pahla...sambil solat sambil menolak islam...ceciter..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg betul2 ada mengamalkan hukum islam adalah kelantan.. tapi mengapa selangor dan kedah di bawah PAS tidak mengamalkannya? bukan kah itu juga menolak hukum2 Islam... cer jawap... jgn dok pandai mengata tapi kesalahan sendiri tak tengok, itu juga penyakit org Islam skrg yg sgt berbahaya, UMNO dan PAS kedua-duanya sama... telah tersasar kerana politik dan kuasa...

      Padam
  7. kebenaran manusia secara logik dan akal adalah tdk benar melainkan IMANlah yg dapat menyelamatkan anda. sesama Islam sudah bertenntangan apa lagi lain agama. jadi percaya pada IMAN mu tapi bukan dari pidato org lain. carilah kebenaran.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....