Dalam insiden ini penyokong PAS telah menendang budak umur 11 tahun di Felda Teloi Timur. Ia berlaku pada April 22hb lepas semasa kanak-kanak ini, adik Mohamad Ismadinel bin Samsudin pulang daripada solat isyak di Masjid Felda Teloi Timur.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melalui pos PAS yang ketika sedang mengadakan ceramah yang diturut disertai calon PAS N24 Jeneri serta konvoi pemuda dengan seramai lebih kurang 300 biji motosikal dari luar kaw. felda.
Ismadinel telah ditahan oleh penyokong PAS dan ditanya dia sokong PAS atau BN. Sebaik dia jawab BN, Ismadinel disepak sehingga jatuh ke dalam parit. Dia mengalami kecederaan di bahagian kaki dan kini masih demam.
Khabarnya laporan polis telah dibuat dan seorang telah ditahan untuk membantu siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....