Ini berita yang baru diterima...
Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan. Seorang kanak- kanak juga ditemui cedera berada disamping 4 mayat pengganas tersebut.
Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.
Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.
Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.
Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.
Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.
- SUMBER
mcm mana dgn keadaan anggota keselamatan kita???
BalasPadamAssalamualaikum.
BalasPadamMohon pautkan link kami http://cartakebenaran.blogspot.com/
Terima kasih tuan.
biar betul berita ni bro....
BalasPadamdari sumber lain ckp 4 mayat - 1 lelaki dan 1 wanita dewasa dan 2 kanak-kanak dlm sebuah rumah yang diserang... 2 org kanak2 tu tak boleh dikira sebagai pengganas bro, mereka belum mengerti apa2 lagi...tapi sayangnya telah terkorban
tempat tu telah diisytihar zon merah & penduduk kampung @ penduduk tempatan telah diminta keluar dari kawasan tersebut...maknanya yg berada di situ hingga kini adalah dianggap/diketegorikan sebagai pengganas... lebih baik budak tu mati sekarang daripada membesar menjadi lanun/pengganas... so jgn salahkan pihak keselamatan... BRO... BUKA MATA & MINDA... KALAU KORANG BUKAN ORANG SABAH, SUDAH PASTI KORANG TIDAK TAHU MENAHU TENTANG CARA HIDUP DAN KEADAAN MEREKA
Padambro, saya setuju tu...sebelum pokok parasit tu membesar..elok lah dicantas dulu.
Padam...kesian ler budak 2 org tu. tapi....itu semua salah bapak dayus budak tu, bawak anak bini g bperang. kalu dah kena tembak, wajib la anggota kselamatn kita pertahankan diri....
BalasPadampasukan polis harus menggunakan 'bullet proof clear shield' bila menggempur penggannas dirumah atas air. ini akan menjamin keselamatan pasukan polis untuk membentras penggannas. dlm pasaran ada shield yg kalis bom pun ada. renunghkan la.
BalasPadam