Salah Kira Dan Salah Taip Oleh Seorang Ketua Menteri



Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus dibidas berhubung alasan tersalah taip kos pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaikh Hussein Mydin, Guan Eng yang mempunyai latar belakang sebagai akauntan menjadikannya seorang pakar kreatif memanipulasi akaun dan angka.

Kerana itulah kata beliau Guan Eng amat gemar menggunakan angka dalam setiap kenyataan yang diberi.

“Ini bukan kali pertama dia mengelirukan rakyat dengan angka. Jika kita tidak pandai, memang kita akan menerima apa sahaja kenyataan Guan Eng tetapi apabila terperangkap, alasan tidak logik akan diberikan. Dengan latar belakang seorang akauntan, menjadikan dia amat pakar untuk memanipulasi angka.

“Amatlah tidak masuk akal alasan yang diberinya iaitu salah taip. Dulu semasa pemilihan Jawatan Kerja Pusat (CEC), alasannya salah kira, kali ini salah taip dan Guan Eng mahu semua orang menerima alasannya ini. Adakah patut seorang Ketua Menteri mengulangi kesalahan yang sama berulangkali dan memberikan alasan tidak munasabah bila terperangkap.

“Kemudian seperti biasa mereka akan salahkan Barisan Nasional (BN). Yang boleh buat salah mereka tetapi orang lain tidak boleh. Jika kita tidak desak sudah pasti kehilangan RM2.25 billion tidak akan diketahui rakyat. Adakah DAP menganggap rakyat begitu bodoh?,” ujarnya. 

Tambah Shaikh Hussein, inilah rupa sebenar DAP.

“Mereka hanya mahu kelirukan rakyat kononnya kos sebenar yang diumumkan melebihi RM8 billion telah dapat dikurangkan kepada RM6.3 billion. Tetapi DAP lupa, jumlah sebenar yang telah diumumkan terlebih dahulu untuk pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya adalah RM4.08 billion.

“Apabila BN Pulau Pinang terus mendesak berkenaan peningkatan jumlah kos ini barulah mereka membuat kenyataan kononnya salah taip. Logik ke alasan seperti ini? Layakkah orang seperti ini mahu memimpin negara?

“Sekiranya nanti apabila mereka telah mendapat mandat memimpin negara dan perkara seperti ini terjadi, adakah alasan bodoh seperti itu juga mahu diberikan kepada rakyat… Jadi, pada PRU-13 akan datang saya berharap rakyat tidak akan silap ketika mengundi.

“DAP harus disingkirkan dari negeri ini kerana mereka tidak layak terus memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang. Di tangan mereka, ekonomi negeri ini turut merudum,” ujarnya lagi.


BB : Hmmm... Macam-macam laa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....