OPS DAULAT: Hanya Hukuman MATI Yang Setimpal Bagi Dalangnya!!!



Beberapa orang pengganas Sulu yang berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan sudahpun dihadapkan ke mahkamah. Mereka ini bakal berdepan hukuman mati mahupun penjara seumur hidup.

Jika dibandingkan dengan kekejaman yang telah dilakukan oleh pengganas-pengganas Sulu ini terhadap anggota keselamatan yang telah terkorban ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara, bagi penulis hukuman yang bakal mereka terima tidaklah seberapa.

Seandainya negara Malaysia ini tidak mempunyai undang-undang, penulis percaya, pengganas-pengganas Sulu yang berjaya ditangkap hidup-hidup ini sudah pasti tidak bernyawa lagi. Penulis sangat pasti, ketika pasukan keselamatan berjaya mengesan mereka, bedilan senjata sahaja yang akan menyinggahi tubuh mereka.





Namun, dek kerana negara ini merupakan sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan memuliakan undang-undang, maka terselamatlah para pengganas Sulu yang tertangkap itu daripada bedilan senjata pasukan keselamatan.

Pengakuan salah seorang daripada pengganas yang berjaya ditahan bahawa sebenarnya dia telah diupah oleh seseorang untuk menjadi pengganas. Tetapi malangnya, menurut beliau pemberi upahnya tidak pula dikenali.

Penulis percaya dengan kehebatan pasukan keselamatan kita dalam mencari siapa sebenarnya dalang yang berada di belakang insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu ini, apatah lagi saban hari semakin banyak petunjuk yang timbul, tidak lama lagi sudah pasti kes ini berjaya diselesaikan.

Apabila dalang sebenar di sebalik insiden pencerobohan Sabah ini yang telah mengorbankan serta mencederakan beberapa orang anggota keselamatan kita dapat dibuktikan kesalahannya, seeloknya jatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahannya itu. Tiada bezanya dia dengan pengganas yang diupah untuk menjalankan kerja-kerja jahatnya.

Justeru, jika pengganas yang diupah itu dijatuhkan hukuman mati ataupun penjara seumur hidup, jatuhkan juga hukuman mati kepada dalangnya!

2 ulasan:

  1. motoiii wa sokong....dalangnya patut kene sula dgn buluh runching di khalayak ramaii....

    BalasPadam
  2. Setuju ...tapi kalo boleh biarlah dalang tuh di letak tgh padang utk di 'ludah' dulu oleh rakyat Malaysia....kang kalo bagi pukoi kang mampoi kat situ pulak...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....