LEE CHONG WEI MARA KE FINAL ALL ENGLAND

Datuk Lee Chong Wei menepati ramalan awal apabila layak ke akhir Kejohanan Badminton Seluruh England dan dalam laluan melakar satu lagi sejarah kepada sukan badminton negara.


Jaguh negara itu  hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran hatrik pada kejohanan ini apabila mara ke final selepas mengalahkan pemain Thailand pada separuh akhir di Birmingham, England, Sabtu.



Lee Chong Wei


Chong Wei, pemain nombor satu dunia, bagaimanapun menghadapi tentangan sengit pada set pertama daripada Tanongsak Saensomboonsuk sebelum menang dengan keputusan 22-20, 21-8.


Chong Wei, 31, yang menjuarai kejohanan itu pada 2010 dan 2011, akan berdepan dengan pemenang satu lagi pertarungan separuh akhir antara Cheng Long dari China dan pemain Denmark Jan O Jorgensen.


Pada 2010, Chong Wei meraih gelaran pertama kejohanan berprestij itu dengan menundukkan pemain Jepun Kenichi Tago 21-19, 21-19 dan tahun berikutnya berjaya mempertahankan gelaran dengan mengatasi Lin Dan dari China dengan keputusan 21-17, 21-17.


Semoga kesudahan hari ini akan memberikan khabar gembira dari sana. Sama-sama kita nantikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....