KISAH BENAR : PERWIRA NEGARA DISEKSA, DIBUNUH PENGGANAS SULU DENGAN KEJAM




Pelbagai versi yang kita dengar dari insiden di Lahad Datu dan Semporna melibatkan anggota keselamatan. Bukan niat untuk mengaibkan, tetapi lebih kepada KESEDARAN DAN PENGAJARAN terutama bagi mereka-mereka yang menganggap ini sebagai satu sandiwara.

Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Kini beliau lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.


Berikut adalah posting daripada Terengganu Today. Terengganu Today mengucapkan Takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di batasan. Hanya ALLAH yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini ditempatkan bersama para syuhada’ – Amin.

———————————————————————————————————————

Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Pegawai atasannya. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah seorang Pegawai. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat pegawai polis, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Kedua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.


1 ulasan:

  1. Saya harap kerajaan kita akan menjalankan hukuman yg amat berat, hukuman mati selayaknya untuk banjingan pengganas suluk ini. Kezaliman ini tidak dapat dibayangkan. Kepada manusia yg menganggap pertempuran wira kita dengan pengganas ini sebagai sandiwara, renung-renungkanlah apa yg telah berlaku. Tak pun pergilah sendiri membantu wira kita kat sana dan selepas itu adakah mereka masih menganggap itu semua sandiwara?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....