Tidak keterlaluan sekiranya BB katakan ketibaan kereta perisai "ADNAN" yang dihasilkan di Pekan, Pahang ini amat dinanti-nantikan bukan sahaja oleh pasukan keselamatan kita di Lahad Datu, tetapi juga oleh seluruh rakyat Malaysia. Kehadiran kereta perisai ini amat membantu pasukan keselamatan khususnya dalam menjejaki pengganas di kawasan Zon Merah berdasarkan keadaan geografinya yang berbukit-bukau, berpaya dan lembah.
Dalam Sidang Media petang tadi telah diumumkan ketibaan kereta berperisai Adnan di Lahad Datu. Inilah antara gambar-gambar "ADNAN" yang dibawa dengan treler selepas dipindahkan dari kapal pengangkut TLDM.
Gambar-gambar ini BB kongsikan daripada Blog Budak Conan.
sedihnya tiada ulasan. tp jumlah like kat facebook gempak. apps ape pkai tu? kah3.
BalasPadam