CIKGU LOTFI Akhirnya Dipakaikan Gelang "Silver"




Semalam "Cikgu" Mohd Lotfi Nor, 37 tahun, guru yang diburu oleh pihak Polis kerana menghina pasukan keselamatan yang bertugas di Lahad Datu Sabah, telah ditahan ketika sedang bersembunyi - Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.


Guru berkenaan sebelum ini membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai ‘anjing’ dan menganggap kematian mereka sebagai ‘mati katak’ dalam laman sosial Facebook miliknya.


Pihak Polis juga telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis yang dibuat sebelum ini mengikut Seksyen 41 Akta Hasutan 1948.


“Siasatan segera akan dijalankan kerana tindakan lelaki itu yang dipercayai mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh di sini bukan sahaja melampau tetapi boleh meracuni fikiran orang ramai.


3 ulasan:

  1. aikkkkkkk...kat facebook dielah juara.....sekali bila polis cari die bersembunyi plakkkkk....macam2....

    BalasPadam
  2. orang ramai hendaklah berpiket / membuat lapuran polis / berdemontrasi di depan rumah cikgu ini bagi menyatakanan bantahan agar dengan tindakan seperti ini mahkamah akan melihat telah wujud unsur hasutan dan boleh menjejas ketenteraman awam ... ayuh bertindak sekarang ... kalau tidak cikgu ini akan terlepas dari tuduhan menghasut ... ingat kes karpal sing dilepaskan oleh mahkamah kerana tiada tindakan seperti yang disebutkan di atas ... bertindaklah sekarang sebelum terlambat ... hapuskan semua petualang negara ....

    BalasPadam
  3. hurm...dia x tau bagaimana rasanya kalo ada saudara yg x tido x makan semata2 nak menjaga keamanan...sbb itu la mulut dia pun mcm tempayan bocor...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....