LAHAD DATU: Sejak sekian lama, etnik Suluk yang berasal dari Selatan Filipina melintasi Laut Sulu untuk berhijrah ke Sabah bagi mencari kehidupan yang lebih.
Walaupun berhijrah sejak sebelum merdeka lagi, etnik ini masih mengekalkan kebudayaan suku, baik dari segi makanan, tempat tinggal dan pertuturan.
Menurut maklumat terkini, ia dianggarkan seramai 500,000 warga berketurunan Suluk berada di Sabah berbanding 178,029 Melayu, 555,647, Kadazan Dusun, 436,672 Bajau dan 100,631 Murut.
Ia juga dianggarkan seramai 16-peratus penduduk di Sabah adalah daripada etnik Sulu.
Kebanyakan mereka masih tinggal di perkampungan air di Lahad Datu. Lebih 3000 orang yang mendiami perkampungan air ini, hampir kesemuanya berketurunan Suluk.
Shafizan Johari, melawat perkampungan air tersebut, bagi melihat sendiri cara hidup orang Suluk di Lahad Datu.
Lihat Video, KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....