CALON MUDA Keutamaan BN Perlis Pada PRU 13

KANGAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata golongan pemimpin muda adalah antara 54 nama disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Perlis bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.


Menurutnya 45 nama calon disenaraikan untuk dipilih bagi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan calon bagi tiga kerusi Parlimen.


Md Isa, yang juga Pengerusi BN Perlis, berkata pihaknya menyenaraikan tiga nama bagi setiap kerusi DUN dan Parlimen untuk diputuskan oleh pucuk pimpinan BN Pusat.


Kesemua calon yang disenaraikan adalah tokoh tempatan termasuk golongan muda, katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas senarai calon BN Perlis di sini, hari ini.





BN menyandang tiga kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN manakala dua kerusi DUN iaitu Simpang Empat dan Sanglang disandang oleh PAS.


Mengenai khabar angin bahawa Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, 41, disebut-sebut bakal menjadi calon pembangkang pada PRU ke-13, Md Isa, berkata beliau pernah mendengar mengenainya.


Beliau berkata sebagai seorang mufti, Juanda mungkin mempunyai pengaruh tetapi menurutnya adalah lebih wajar tokoh agama berasal dari Sarawak itu memberi tumpuan kepada bidang agama.


Sebelum ini, Juanda dikatakan telah dipujuk untuk bertanding atas tiket pembangkang tetapi beliau sehingga ini tidak mengumumkan pendiriannya.


-- BERNAMA

1 ulasan:

  1. DENGAR KATA FATUL BARI CALON BN DI PERLIS BERSAMA SAHIDAN DAN ISA TAK LEKAT.....INI PELUANG SAHIDAN JADI MB PERLIS BALIK......

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....