Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan didakwa mengikut Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen 2, Jalan Duta jam 9 pagi ini.
Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata Tian akan diwakili peguam, N Surendran.
Semalam, Tian memberi keterangan kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kes kenyataannya berkaitan kontroversi Lahad Datu.
Keterangannya dirakam bermula jam 11 pagi semalam selama 30 minit untuk siasatan kes mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas dakwaan memfitnah.
Ia susulan kenyataannya yang dimuat naik dalam portal berita rasmi KEADILAN, Keadilan Daily 1 Mac lalu.
Beberapa hari lalu, Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit; Sub Editor, Norasikin Samsi dan wartawan, Aisha Geoffrey, secara berasingan turut diarah memberi keterangan.
Tak menjadi nampaknya helah Tian Chua yang mahu menjadikan tindakannya menggertak mahu menyaman bloggers dalam isu ungkapan Komando Mati Katak sebagai jalan keluar dari kemelut yang berpunca dari kelancangan mulutnya sendiri.
Tian Chua berharap dapat mengalihkan perhatian rakyat yang marah ekoran kenyataannya dalam Keadilan Daily yang menyifatkan kejadian di Lahad Datu sebagai satu konspirasi terancang Umno DAN tweeternya yang menyifatkan kejadian sama sebagai satu DRAMA ala filem Wag The Dog.
Melalui kenyataan akhbarnya semalam, Tian Chua menulis - kononnya saya menghina Pasukan Keselamatan dengan kata-kata :
"KOMANDO MATI KATAK” ... nampak tak?
Satu cubaan licik dipihak Tian Chua.
Rakyat menuduh Tian Chua menghina Pasukan Keselamatan melalui artikel Keadilan Daily dan Tweeternya BUKANNYA kerana ungkapan Komando Mati Katak !
Ternyata pihak Peguam Negara tidak termakan spin yang cuba dilakukan Tian Chua dan mendapati wujud kes untuk di bawa ke mahkamah.
Apapun kita tunggu jam 9 nanti untuk mendengar kisah selanjutnya....
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....