SUNGAI PETANI – Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi
mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak
menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tidak ada gunanya calon menang
tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.
“Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon
menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu
kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.
“Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita.
Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong,”
kata Dr Mahathir yang diminta mengulas pemilihan calon BN untuk
menghadapi pilihan raya umum.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada forum
Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul
Halim, di sini, Sabtu.
Mengulas mengenai demonstrasi yang sering diadakan oleh pembangkang
sejak kebelakangan ini, Dr Mahathir berkata, ia adalah strategi
pembangkang sekiranyamereka kalah pilihan raya.
“Ada orang nak adakan demonstrasi setiap hari secara besar-besaran
sehingga 200,000 orang di semua bandar, (mereka) nak ikut apa yang
berlaku di negara-negara Arab.
“Yang berlaku di sana kerana mereka tidak ikut ajaran Islam sebab itu
mereka ada pemerintahan kuku besi. Di Malaysia tidak ada pemerintahan
kuku besi. Kalau orang nak pilih parti lawan, dia boleh pilih, sampai
kalah lima negeri.
“Kononnya kita tipu dalam pilihan raya, kita tidak tipu. Ini adalah
persiapan mereka apabila kalah. Mereka akan adakan demonstrasi
berpanjangan untuk jatuhkan kerajaan seperti yang dibuat di Asia Barat,”
katanya.
- Umno Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....