TERKINI 26-02-2013 : Muktamad!!! Tiada Lagi Rundingan!!! Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Penceroh Bersenjata Di Lahad Datu


LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan pihak keselamatan sudah menamatkan rundingan dan bersedia untuk menggempur kumpulan bersenjata yang menceroboh Kampung Tandao sejak 12 Februari lalu.




Anggota PGA Polis DiRaja Malaysia bersiap sedia mengawal keselamatan



Polis memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan menggunakan undang-undang berkaitan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu.
“Kita akan membuat keputusan selepas melihat pelbagai faktor termasuk mengkaji kawasan persekitaran dan dalaman sebelum bertindak. Kita menunggu masa yang sesuai dan ini bermakna tiada lagi rundingan. Kita akan berlandaskan undang-undang…kalau ingin dakwa di mahkamah kita akan gunakan…ini terpulang kepada kita.
“Kami tidak kira mereka datang dari mana sama ada dari Kesultanan Sulu… tapi kita tahu mereka adalah orang luar yang datang ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaulatan negara.
“Kita boleh lihat kesalahan itu banyak. Mungkin kita boleh mengambil tindakan di bawah kesalahan Kanun Keseksaan atau bersama undang-undang yang berkaitan,” katanya kepada pemberita di Kompleks Pasukan Polis Marin Lahad Datu di sini, Isnin.
Hamza berkata polis akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan kedaulatan tanah air.
Beliau turut menafikan berlaku perbalahan sehingga mengakibatkan dua kematian di kawasan itu dan menambah pihaknya akan menyiasat perkara itu.
“Setakat tembakan kita ada dengar tapi saya berani mengatakan tembakan bukan dari pasukan keselamatan. Tembakan dari dalam pun kita tidak berani hendak mengesahkan…mungkin tembakan ke atas binatang atau amaran (kumpulan penceroboh),” katanya mengulas laporan yang disiarkan media altenatif.
Beliau meminta masyarakat tidak gusar kerana keselamatan masih terkawal, meskipun pada masa kini, kumpulan itu kemungkinan berdepan masalah kekurangan bekalan air, makanan dan minyak.
Sementara itu, beliau mengesahkan polis menahan empat individu atas kesalahan tidak mempunyai dokumen yang sah pada awal pagi semalam di satu kawasan di Lahad Datu, namun kesemua mereka bukan anggota kumpulan terbabit.
Ketika ditanya mengenai kapal Filipina yang didakwa akan digunakan untuk membawa kumpulan itu pulang ke negara asal, Hamza berkata kapal itu tidak berada di perairan negara ini.
Polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina - BERNAMA

2 ulasan:

  1. Apa keadaan sekali pun pihak Pembangkang akan mengeksplotasikan keadaan ini dengan mengatakan kerajaan Malaysia bertindak zalim.

    Inilah senjata yang akan digunakan oleh puak Pembangkang.

    Mereka langsung tidak mempedulikan kedaulatan negara dan keselamatan rakyatnya.

    Mereka akan memutarbelitkan segala fakta dan undang-undang.

    Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung kedaulatannya hapuskan penceroboh walau atas alasan apa sekali pun.

    Penceroboh tetap pencoroboh. Tambah pula mereka ini datang bersenjata dan siap untuk berperang.

    Kalau dah tau siapa pengkhianat negara tangkap sahaja bawa kehadapan untuk rakyat mengadilinya.

    Mengkianati Negara adalah lebih teruk dari liwat dan zina. Kerana onar ini melibatkan nyawa seluruh rakyat di negara ini. Liwat dan zina hanya syok atara dua insan, kedua-duanya adalah dalam hukum Allah swt.

    BalasPadam
  2. Mereka semua ialah orang Islam,.. mesti bertolak ansur juga.. kenapa tak tangkap sahaja ketua dan hantar semua ke kawasan selamat di mindanao.. Aku rasa kes ni patut diberi kepada rejimen askar melayu diraja supaya ada tolak ansur.. ye memang mereka xmahu serah diri.. cuba hantar sniper tembak sahaja ketua dan ambik tahanan tanpa sabrg kekerasan.. kalau nak bunuh semua boleh, hantar rejimen renjer,. dalam ni byk org iban, bidayuh, diorg ni semua xsuka org filipin yg berketurunan bajau laut,. ada kaitan sikit ngn shafie apdal,,. lagipun, peristiwa memali tu, rejimen renjer la yg bunuh semua tanpa seorg pun dibenarkan hidup... tapi yg tembak tu byk org india,. yg melayu pun ada, tp kata2 daripada melayu tu aku igt lagi: g mampos la islam..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....