Belum pun filem “Tanda Putera” ditayangkan, pemimpin pembangkang
terutama DAP seperti “beruk kena belacan” kononnya mendakwa filem
tersebut mempunyai sentimen perkauman dan membabitkan pemimpin DAP
terutama dalam babak tragedi 13 Mei 1969.
Pemimpin pembangkang seolah-olah berlumba-lumba mengecam filem
tersebut yang disifatkan sebagai alat propaganda Barisan Nasional (BN).
Ternyata dakwaan yang dihambur dan dikecam pemimpin pembangkang jelas
tersasar apabila pengarah filem tersebut, Datin Paduka Shuhaimi Baba
mengulangi tidak ada watak seorang pemimpin DAP digambarkan dalam filem
itu seperti didakwa sebelum ini.
Justeru beliau yang juga Pengarah Urusan Pesona Pictures Sdn Bhd
meminta masyarakat di negara ini menonton terlebih dahulu filem ‘Tanda
Putera’ sebelum membuat kesimpulan melulu dan pelbagai tanggapan salah
lain.
Jelas beliau sejak treler selama 90 saat dimuat naik menerusi
Internet, banyak tuduhan dan dakwaan tidak berasas dilempar oleh pihak
tertentu.
Beliau turut meminta mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan
serangan peribadi termasuk ugutan kepada semua pihak berkait dengan
filem itu agar menghentikan perbuatan mereka.
Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul
Razak Hussein, memulihkan keadaan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969
ketika keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan.
Filem itu juga mengisahkan persahabatan akrab antara Abdul Razak dan
Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang sama-sama berjuang
memulihkan negara daripada trauma 13 Mei serta kematian mereka yang
tidak diduga.
Antara pelakon yang membintangi filem dengan usaha sama Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu ialah Rusdi Ramli yang
diberi tanggungjawab memegang watak Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr
Ismail, manakala Faezah Elai memainkan watak isteri Abdul Razak, Tun
Rahah Tan Sri Mohamad Noah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....