PUTRAJAYA — Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan rotan terhadap seorang buruh yang merogol adik ipar bawah umur di ladang getah pada 2008.
Panel hakim tiga anggota diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha sebulat suara menolak rayuan lelaki berusia 34 tahun itu terhadap sabitan, hukuman penjara dan sebatan.
Jeffrey berkata, selepas meneliti keterangan mangsa, mahkamah yakin terdapat bukti jelas berlaku penembusan.
Beliau berkata, mahkamah tidak ditunjukkan sebarang alasan mengapa ia harus mengubah keputusan Mahkamah Sesyen justeru mahkamah tidak dapat mencari sebarang sebab untuk mengganggu keputusan itu.
Ketika menolak rayuan lelaki itu terhadap hukumannya, Jeffery berkata, hukuman penjara dan sebatan yang diputuskan Mahkamah Sesyen tidak keterlaluan.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....