Tatkala perpecahan semakin ketara di dalam PAS, kini tiba pula HINDRAF yang pasti memeningkan PR khususnya Anwar yang sebelum ini bertindak sebagai "AGEN PENYATUAN" di dalam PR.
Pemimpin Hindraf P Waythamoorthy memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat
mungkin berisiko akan kehilangan sehingga 25 kerusi Parlimen pada
pilihan raya umum akan datang sekiranya tidak menerima sokongan daripada
kumpulan pendesak tersebut.
Beliau juga mendakwa Hindraf boleh membantu untuk mengalihkan undi tersebut agar memihak kepada Pakatan Rakyat jika pakatan pembangkang bersama dengan pergerakan itu.
"Masyarakat India tidak berperang dengan kerajaan kerana kita ada pada tahun 2007 hinggan 2008.
"Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melakukan kerja yang mengagumkan dari bawah dan jika mereka berjaya mendapatkan 55 peratus daripada jumlah pengundi India, Pakatan berkemungkinan untuk hadapi risiko di 25 kerusi Parlimen," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau juga meramalkan bahawa Kedah dan Selangor mungkin akan kecundang ke tangan BN dalam pilihan raya akan datang.
SUMBER - KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....