KOTA BHARU - Gara-gara menakutkan isteri sendiri secara jenayah
menggunakan alat pencungkil kelapa 3 Februari lalu seorang lelaki
menerima padah apabila didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, gagal
bayar penjara enam bulan.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Muhammad Hafizol Salman dari Kampung Pasir Ara, Banggu selepas dia mengaku bersalah terhadap perbuatan terbabit.
Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Muhammad Hafizol Salman dari Kampung Pasir Ara, Banggu selepas dia mengaku bersalah terhadap perbuatan terbabit.
Mengikut pertuduhan, pada tarikh itu lebih kurang jam 2 petang, tertuduh melakukan kesalahan terbabit dan mengugut mahu membunuh isterinya Nor Shuhada Abdullah, 21, di sebuah rumah di Binjai.
Oleh itu, bapa kepada dua anak itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan tersebut dengan mengacukan senjata tajam dan mengugut untuk membunuh pengadu jika mereka bercerai.
Punca kejadian disebabkan tertuduh marah apabila pengadu menyuruh ibunya menyimpan rantai emas milik pengadu kerana bimbang dijual tertuduh.
Berikutan itu pengadu membuat laporan di Balai Polis Binjai dan tertuduh ditangkap sehari selepas kejadian.
Ketika prosiding tertuduh merayu supaya mahkamah mengenakan denda paling minimum terhadapnya, bagaimana Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri meminta hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada semua pihak.
- Sinar Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....