LELAKI : Ketahui 10 Tanda Wanita Suka Kepada Anda


Wanita kadangkala sukar untuk dimengertikan dan sukar untuk difahami. Wanita lebih bersikap mendiamkan diri dalam perkara-perkara yang melibatkan cinta dan perasaan tetapi dalam hatinya memberontak mahukan sesuatu. Mereka kadangkala ego untuk memberitahu sesuatu kepada sang lelaki bahawa mereka menyukainya dan lebih suka menunggu lelaki yang memulakan dahulu. Jaga adab timur katanya.







Lelaki pula, kadangkala malu untuk menyatakan rasa cintanya kepada sang wanita kerana takut jika wanita tersebut menolaknya. Akhirnya, kedua duanya tidak ke mana. Hanya memendam rasa dalam hati tanpa diluahkan. Bagi lelaki yang takut untuk meluahkan perasaan kepada wanita, anda boleh mengenali wanita tersebut jika mereka juga sebenarnya  suka kepada anda. 

Dan jika benar wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda ini, anda boleh teruskan perhubungan anda ini ke tahap yang lebih serius. Baca artikel dibawah untuk mengetahui petanda bahawa wanita tersebut juga menaruh harapan dan hati kepada anda.





  1. Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya.
  2. Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda.
  3. Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba–tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu–malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda.
  4. Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak.
  5. Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda.
  6. Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang.
  7. Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan.
  8. Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak.
  9. Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar.
  10. Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda.





BB : Jadi, tips ini hanya sesuai untuk lelaki bujang sahaja. Kalau sudah berkahwin, LUPAKAN SAJA BAH!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....