KBS Serah RM10.1 Juta Bantuan Kepada Belia

PUTRAJAYA: Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) memperuntukkan bantuan bernilai RM10.1 juta kepada Pertubuhan Belia Kebangsaan (PBK), Majlis Belia Negeri (MBN), Majlis Belia Daerah (MBD) dan enam badan beruniform di seluruh negara, pada tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, bantuan itu membabitkan RM3.4 juta kepada 18 Pertubuhan Belia Kebangsaan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan Belia serta RM1.3 juta bagi Majlis Belia Negeri.




Menurutnya, sebanyak RM5.1 juta lagi diberikan kepada 103 Majlis Belia Daerah, manakala RM180,000 diberikan kepada enam badan beruniform dengan setiap satu menerima RM30,000.


“Justeru, kita berharap bantuan yang diberikan dapat menggerakkan pertubuhan masing-masing dengan proaktif dalam membentuk belia supaya lebih berketrampilan dan berdaya saing yang tinggi,” 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....