SHAH ALAM: Pengerusi DAP Karpal Singh mempertahankan kritikan pedasnya terhadap Pengerusi PKR Chua Jui Meng sebagai sesuatu yang perlu demi kepentingan Pakatan Rakyat.
Semalam Karpal menyifatkan Chua sebagai pemimpin yang mempunyai kewibawaan mencurigakan setelah bekas Naib Presiden MCA itu bertelagah dengan Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bersabit pengagihan kerusi di negeri itu
Semalam Karpal berkata pembabitan lama Chua dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi presiden parti itu pada tahun 2004 serta keghairahannya untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang pemimpin PKR itu.
Kenyataan Karpal itu menyusul selepas Boo menuduh Chua sebagai melobi kerusi selamat untuk bertanding di Johor serta membelakangkan kerjasama PKR-DAP-PAS di peringkat negeri.
Beliau menyifatkan Chua sebagai “tuan segala tuan” yang mahu segala tuntutannya dipenuhi termasuk memberikan PKR kerusi Parlimen Gelang Patah untuk bertanding.
Hari ini Karpal berkata Boo tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh DAP kerana membidas sikap Chua itu.
“Saya tidak nampak keperluan mengambil tindakan terhadap Boo. Tidak ada asas untuk menyalahkan beliau,” tegas Karpal.
Chua sebelum ini berkata beliau “tersangat kesal” dengan kritikan Karpal itu dan menyifatkannya sebagai tidak adil dan keterlaluan.
"Saya pernah nyatakan MCA harus keluar daripada Barisan Nasional jika Umno tidak berubah akan akhirnya saya berbuat demikian untuk mempertahankan prinsip politik saya..namun saya dibidas Karpal. Saya amat kecewa,” kata beliau yang menyertai PKR tahun 2009.
Chua menegaskan beliau tidak pernah melobi untuk bertanding di kerusi parlimen Bakri mahupun Gelang Patah sebagaimana yang didakwa oleh Boo.
Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Boo dan Chua tutup mulut dan membiarkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyelesaikan kemelut pembahagian kerusi di Johor.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....