Komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah memulakan langkah awal dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International (TI) bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 sepatutnya dicemburui oleh pihak lawan.
Ini kerana ungkapan ‘integriti’ seringkali menjadi bahan ceramah mereka khususnya menanam kebencian dikalangan rakyat terhadap UMNO dan pemimpin Barisan Nasional (BN) lain di negara ini dengan pelbagai tohmahan.
Mengulas mengenainya Pengerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) Muhammad Maliki Muhamad Rapaee berkata pembangkang sepatutnya tampil bersama-sama Datuk Seri Najib ke arah itu kerana bukankah mereka yang seringkali melaung-laungkan soal integriti berkenaan.
Soal beliau apakah mereka khuatir tidak mampu untuk mematuhi ikrar berkenaan atau sebaliknya memandangkan pihak yang seringkali ditohmah paling awal tampil menyatakan komitmen ke arah tersebut.
“Mereka sebelum ini mengambil perkataan ‘integriti’ dalam usaha menggambarkan UMNO dan BN sebagai korup dan sebagainya lagi. Alih-alih pihak yang dituduh itu telah ambil pendekatan sedemikian dan bagaimana pula sikap mereka.
“Bagi saya apabila seseorang terlalu banyak helah ianya memberi gambaran ianya ada masalah…maknanya di sini sentiasa mengelak, mengelak dalam kehidupan dan pelbagai gambaran akan terbit daripada orang ramai,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menambah dalam soal berkenaan, sepatutnya merekalah yang perlu mengambil tindakan awal selaras dengan apa yang diperkatakan.
“Dalam soal ini alangkah elok dan manis jika pembangkang yang memulakan dan sebagainya. Paling tidak pun bersamalah dengan Perdana Menteri untuk menjayakan ikrar berkenaan.
“Apakah ianya khuatir tidak mampu untuk mematuhi ikrar berkenaan ianya terpulang kepada diri mereka sendiri…Namun sekurang-kurangnya Perdana Menteri telah mengambil tanggungajwab berkenaan yang akan diikuti oleh pemimpin BN lain…maksudnya di sini mereka tidak gentar,“ katanya. - MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....