Gugurnya Air Mata Rasulullah SAW Di Padang Masyar

Ya Rasulullah, Ya Habibullah.... Shalawat Dan Salam Ke Atas Mu Junjungan Kami, Penyeri Seluruh Alam.






Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud: 

“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. 

Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. 


Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.” 

Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” 

Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.” 

Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.” 

Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” 

Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. 

Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” 

Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?” 

Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” 

Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!” 

Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” 

Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.” 

Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” 












Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” 

Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” 

Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.” 

BACA LAGI DI SINI


2 ulasan:

  1. Allahumma solli 'ala Muhammad ! Kasih Ar Rasul saw kpd kita umatnya, semoga kita disatukan dlm jemaah Ar Rasul saw di Mahsyar nanti, amiin ! Allahumma solli 'ala Muhammad !

    BalasPadam
  2. sedangkan nabi mengasihi kita, kenapa kita masih tidak mengasihi diri kita sendiri dengan terus menerus melakukan maksiat. nau'zubillahi min zaalik

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....