Sawadee Kap... Sebut sahaja nama Danok, ramai yang mengetahui di manakah terletaknya pekan Danok ini. Nun di utara tanah air kita. Terkenal sebagai sebuah pekan yang penuh dengan pelbagai aktiviti sosial yang melampaui batasan. Dunia tanpa sempadan!!
Terletak berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand, sebaik melangkahkan kaki ke tanah Thailand, anda sudahpun sampai di Pekan Danok. Itulah keistimewaan Danok kepada golongan pelancong yang rata-rata datang ke sini menginginkan keseronokan. Apa yang mempengaruhi golongan belia khususnya sehingga bergolok-gadai semata-mata nak ke danok??
Bagi para pelancong terutama dari Malaysia, terutama yang bersempadan dengan Thailand seperti negeri Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan amat mudah prosedur bagi memasuki negara berkenaan.
Sekurang-kurangnya mereka hanya perlu menggunakan Pas Lawatan Sosial "border pass" yang boleh digunakan dalam tempoh selama 6 bulan, dengan kebenaran 7 hari bagi setiap kali memasuki negara berkenaan. Hanya bermodalkan RM10, Pas Lawatan Sosial ini dapat disiapkan tidak sampai 30 minit!
Kenapa Danok digelar Syurga Dunia??? Klik Sini
BB : Cari Asam Pedas Ikan Puyu, Tomyam dan Air Pegaga Segar. Paling tak lupa beras siam! Baik punyaaaa!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....