Kota Kinabalu – Golongan muda atau belia merupakan sumber tenaga yang mampu merubah sesebuah Negara kerana golongan ini lebih ramai, aktif, bertenaga dan mempunya akal fikiran yang cerdas. Namun, terdapat juga sebilangan daripada mereka yang mempunyai masalah disebabkan pemikiran yang kurang matang.
Bertempat di Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Sabah, satu forum atau perbincangan di antara para pemimpin belia sekitar bersama Prof. Dr. Simon Bradfort dari Universiti Brunel London, Prof Madya Steven Karuss @ Abd Lateff Abdullah danProfesor Dr. Azimi Hamzah dari Universiti Putra Malaysia, berkaitan isu atau masalah belia masa kini.
Majlis dimulakan dengan pembentangan kertas kerja berkaitan kajian yang telah dilaksanakan terhadap golongan remaja di United Kingdom yang bertajuk “ Policy and Practice Framework: Listening To Young People” oleh Prof. Dr. Simon. Dalam pemerhatian beliau, masalah golongan majoriti ini adalah lebih kurang sama di setiap Negara di dunia ini.
Dengan itu, berdasarkan kajian, beliau menyarankan dua pendekatan yang boleh diaplikasikan oleh rakyat Malaysia untuk menangani masalah remaja atau belia masa kini iaitu mendengar dan belajar untuk memahami mereka, dan melibatkan atau mengaitkan golongan belia dalam pembangunan khususnya.
Perkongsian ini amat menarik dan mendapat sambutan ramai di kalangan pemimpin persatuan-persatuan belia dan remaja.
Antara tetamu jemputan yang hadir adalah Tuan Haji Ag. Damit Haji Ag. Anak (Timbalan Setiausaha Tetap I, Kementerian Belia Dan Sukan Sabah) , Tuan Haji Mohd Dahali Bin Haji Matsin (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah), dan En. Kelvin Lim (Presiden Majlis Belia Sabah).
Pada sesi akhir, Prof. Dr. Simon memberi ruang dan peluang untuk sesi soal jawab. Suasana perbincangan mendapat satu kaedah yang dapat diterapkan khususnya oleh para pemimpin dan ibu bapa dalam menangani masalah gejala sosial di kalangan remaja di Malaysia dan di Sabah khususnya.
- Suara Generasi Baru
- Suara Generasi Baru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....