Bang Non Jadi Sesumpah Buat Ke Sekian Kalinya

Anwar minta maaf??? Phuiyoooooo!!! Terkejut aku dengan sesumpah seekor ni. Dah Dekat PRU ni pandai pulak minta maaf. Kan hang tu Mr Perfect? Mana ada salah. Semua salah Nik Aziz, Salah Hadi Awang, Salah Karpal Singh!!!! Macam-macam la hang punya wayang bang non ooiii.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di Wangsa Maju memberi sokongan penuh kepada Penyelaras PKR kawasan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sambil menyifatkan Kee Kwong adalah calon yang tepat bertanding di Wangsa Maju, Anwar berkata, tindakannya dulu meletakkan Wee Choo Keong bertanding di Wangsa Maju pada PRU12 adalah satu kesilapan.



“Saya memohon maaf kepada penduduk di Wangsa Maju kerana telah meletakkan Choo Keong bertanding di Wangsa Maju lalu menang menjadi Ahli Parlimen di sini tetapi akhirnya beliau melompat parti.
 
“Tetapi pada kali ini, saya berharap pengundi Wangsa Maju akan memberi sokongan penuh kepada Kee Kwong pada PRU13 kerana beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Malah kita kenal latar belakang keluarganya,” katanya semasa berucap ketika menghadiri Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Prima Setapak, semalam.
 
Hadir sama Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Ahmad.
 
Pada majlis tersebut, Kee Kwong dibayangkan merupakan calon yang dijangka bertanding di kerusi panas Wangsa Maju setelah Ketua Umum PKR itu meminta pengundi Wangsa Maju memberi sokongan kepadanya.
 
Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Mazlan Abdul Jalil berkata, Kee Kwong adalah calon yang tepat untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 nanti.
 
“Beliau adalah calon tunggal yang akan meneruskan penguasaan PR di Wangsa Maju malah setakat ini parti komponen dalam PR juga tidak menuntut kerusi di Wangsa Maju,” katanya,
 
Kee Kwong ketika ditemui berkata, beliau menerima dengan hati terbuka untuk bertanding di Wangsa Maju di atas kepercayaan penuh parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....