Anak Muda Perlu Bijak Pilih Dasar, Program Atau Janji Parti Politik

KLANG, 17 Feb – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyeru anak muda di negara ini agar menilai dengan bijaksana dan rasional dalam membandingkan dasar serta program kerajaan dan Pakatan Pembangkang  terhadap golongan muda di negara ini.

Kata beliau, ada perbezaan besar antara program dan pendekatan yang digunakan oleh BN dan Pakatan Pembangkang terhadap masa depan anak muda di negara ini.

“Porgam dan pendekatan BN adalah dengan menghimpunkan anak-anak muda dalam program-program yang berfaedah serta membuka peluang kepada anak muda untuk masa depan yang lebih cerah. Program-program seperti BN Youth Job Fair dan lain-lain lagi, merupakan program dan dasar kerajaan BN dalam membantu golongan anak muda di negara ini untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

“Ini berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh Pakatan Pembangkang terhadap golongan anak muda. Mereka hanya menggunakan anak muda dan menghimpunkan golongan ini di jalanan untuk berdemostrasi dan menghuru harakan keadaan yang boleh menggugat kestabilan negara kita.

“Kita boleh lihat sendiri bagaimana pemimpin Pakatan Pembangkang mempergunakan anak-anak muda dalam siri-siri demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh mereka yang hanya bertujuan untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata,” tegasnya ketika berucap  dalam program kenduri rakyat di Kampung Budiman, Meru Klang semalam.




Jelasnya lagi, begitu juga dengan program Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) yang merupakan inisiatif Pemuda BN dalam usaha untuk membantu anak-anak muda di negara ini mendapatkan lesen motor dengan harga yang paling rendah di negara ini.

“Kita tahu, ramai anak muda di negara kita yang menunggang motor tanpa lesen yang sah. Ini disebabkan bayaran yang dikenakan untuk memperolehi lesen motor agak mahal dan ada di kalangan anak muda yang tidak mampu untuk membayar harga tersebut.

“ Justeru itu, bagi meringankan beban mereka, serta untuk memastikan mereka mempunyai lesen memandu yang sah, maka inilah insiatif Pemuda BN untuk membantu mereka. Sehingga kini, sudah lebih dari 116 ribu anak muda yang memohon untuk mendapatkan lesen melalui program ini,”ujarnya.

Justeru itu, beliau menyeru anak-anak muda, khususnya jentera-jentera pemuda BN agar menyampaikan mesej kepada anak-anak muda di sekeliling mereka, bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh Datuk Seri Najib  Tun Razak mampu untuk bantu dan membimbing anak-anak muda di negara ini bagi mencapai masa depan yang lebih membawa makna dalam kehidupan mereka.

“Saya minta anak-anak muda agar jangan sesekali percaya kepada segala janji-janji Pakatan Pembangkang. Mereka hanya pandai bercakap dan pandai berjanji, namun tidak pandai untuk menunaikan janji. Yakinlah dengan BN dalam menentukan hala tuju dan masa depan yang lebih cerah dalam mentadbir negara, khususnya untuk masa depan anak muda di negara ini,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....