Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak dengan kos
permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu
disifatkan sebagai satu lagi kemenangan rakyat Selangor, selepas tuntutan 2,020 ibu
tunggal di Selangor, yang difailkan terhadap November lalu .
“Ini merupakan kejayaan Rakyat 2.0 yang selama ini sudah tidak tahan
menunggu. Mereka (kerajaan pakatan) berjanji dalam manifesto, hari ini
tempoh mereka memerintah pun dah nak habis tetapi janji-janji mereka
masih tidak tertunai.
“Oleh itu rakyat negeri Selangor hari ini dah sedar dan mereka telah
bangun untuk menuntut hak mereka dan walaupun kerajaan negeri kita lihat
waktu kumpulan ibu tunggal menuntut hak mereka, kerajaan negeri cuba
mengelakkan diri, cuba nak menafikan hak ibu tunggal tetapi kumpulan ibu
tunggal ini telah menang dalam pusingan yang pertama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas keputusan
Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menolak permohonan kerajaan Selangor dan
Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman
oleh 711 pengguna air di Selangor.
Tambahnya, dalam isu air ini juga pihak kerajaan negeri cuba untuk
menafikan hak rakyat yang tidak dapat bekalan air percuma ini
sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya
Umum ke-12 yang lalu.
“Ini menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam menyelesaikan masalah
rakyat. Kalau kerajaan negeri ikhlas dalam menunaikan janji mereka,
tempatnya bukan di mahkamah. Mereka boleh berbincang dan
menyelesaikannya di luar mahkamah, ataupun menunaikan janji-janji
mereka.
“Tetapi apabila mereka memohon kepada mahkamah untuk mengenetepikan
tuntutan ini, ini jelas menunjukkan kerajaan negeri sengaja mencari
helah, mencari jalan supaya j nji-janji mereka tidak ditunaikan.
“Saya dimaklumkan bahawa selepas ini, ada pula kumpulan warga emas,
kumpulan anak-anak tadika, kumpulan dari peniaga-peniaga yang dulu
dijanjikan cukai pintu nak turun tapi sebaliknya, juga difahamkan juga
sedang membuat persiapan untuk ke mahkamah,” ujarnya yang juga Ahli
Parlimen Tanjong Karang.
Oleh itu, Noh menasihatkan kerajaan untuk untuk bersedia, bahawa
kebangkitan rakyat kini jelas, mereka berjuang untuk menuntut hak mereka
kerana janji-janji manis PKR dan Pas pada Pilihan Raya Umum 2008
menyebabkan rakyat terpengaruh dengan janji mereka dan akhirnya rakyat
menyokong pakatan pembangkang dan akhirnya BN kalah di negeri Selangor.
“Bagi saya, ini merupakan kejayaan rakyat, dalam menuntut hak mereka.
Rakyat harus sedar permainan politik yang dimainkan oleh kerajaan
pakatan, dan rakyat harus menilai kembali kerajaan yang benar-benar
prihatin dan menyelesaikan masalah rakyat,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos
permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.
Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan
Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan
dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.
Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang
merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir
RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.
Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain
mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri
Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama
setiap bulan kepada pengguna domestik.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air
percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke
atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....