Huh!!! Ini bukan Hollywood atau Bollywood beb! Ini Mana punya ajaran yang beliau anuti ni? Dah la Islam tu! BB ingat produser ni perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan sebegini. Jangan main-main Beb!!!
"Kalau saya tengok wajah pelakon itu banyak kedut, saya sarankan dia buat
pembedahan atau apa sahaja asalkan tampak cantik. Bagi saya jika
seseorang itu buat pembedahan itu urusan dia dengan Allah. Kadang-kadang
saya kata, kalau dia tidak mampu, saya sanggup taja".
"Semua itu saya
buat demi kebaikan artis itu juga. Kalau dia nampak tua sebelum
waktunya, ingat ada orang nak tawar dia berlakon. Bila tak ada tawaran,
mana nak masuk pendapatan. Pada saya artis perlu menitik beratkan soal
kecantikan tidak kira wanita atau lelaki".
Itulah antara sebahagian saranan daripada produser drama A. Aida kepada artis yang sanggup menaja mereka supaya nampak cantik.
"Saya tidak takut untuk mengaku setiap bulan saya akan membelanja sekitar
RM4,000 hanya untuk kecantikan. Semua pil atau makanan sampingan yang
saya ambil dirujuk kepada pakar terlebih dahulu. Saya tidak ambil
sembarangan. Begitu juga dengan suntikan vitamin yang saya lakukan di
sebuah hospital swasta".
"Saya mengaku menyuntik vitamin C setiap bulan
kerana itu semua untuk kebaikan kerjaya. Memanglah tugas saya lebih
kepada berbual atau berkomunikasi dengan pelanggan tetapi apa salahnya
kalau orang pandang wajah kita terasa tenang".
Sumber : Beautifulnara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....