SMS balas Ust. Nasharudin berhubung isu pemecatan beliau oleh Dewan Ulama Pas :
"Terima kasih semua rakan rakan saya. Saya menerima ratusan sms, email dan panggilan talipon. Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut".
"Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti".
"Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti. Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam".
Nasharudin Mat Isa
Ini Pula Respon Blogger Cai PR/ Pas berhubung isu ni :
"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza."... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.
"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik,".
Majlis Syura Pas mengesahkan beliau dilucutkan keanggotaan dari badan tertinggi itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.
Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata, Nasharudin tidak pernah memburukkan mana-mana pihak di setiap pertemuan yang berlangsung.
Katanya, seharusnya lawatan yang dibuat oleh Nasharudin dilihat untuk kepentingan ummah oleh Pas bukan menyoalkan keuntungan mana-mana parti.
"Mereka sepatutnya melihat lawatan ini untuk penyatuan ummah.
"Tetapi mereka lebih melihat menguntungkan kerajaan, Umno dan tidak menguntungkan Pas, jadi sebab itulah mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin," katanya.-
1. Sila panggil Ustaz Nasha. Duduk dan serahkan surat pemecatan Ustaz Nasha daripada MSUP serta merta.
2. Ia menjadi persoalan orang ramai bahkan aku juga terfikirkan hal yang sama. Pecat 13 jan tapi umum 26 jan 2013? Seriously, ini fishy. Bahkan aku beranggapan seperti ini, walaupun MSP memutuskan untuk memecatkan Ustaz Nasha pada hari itu, itu bergantung kepada tindak tanduk Ustaz Nasha.
Agak2 dia buat hal maka keputusan pemecatan itu akan di umumkan serta merta. Boleh jadi PAS pada hari itu telah pun tahu bahawa Ustaz Nasha akan ke Gaza bersama2 Najib. Mungkin berlaku rundingan, mungkin sebaliknya, atau apa saja tetapi yang aku tahu keputusan pemecatan itu baru di umumkan sekarang. Bukan pada 13 jan hari tue.
Bahkan cara pemecatan itu pun tak rasional. Siyes. Ko nak pecat seseorang dari satu2 jawatan, panggil dan serahkan surat kepada dia. Face to face. Tak kira la betapa tak rasional sekalipun sikap Ustaz Nasha, PAS sepatutnya bersikap rasional dan profesional. Biarlah Ustaz Nasha dengan haluan dia. Dah tak boleh dah nak buat apa. Tetapi untuk buang dia pun kena ikut protokol.
Macam bos nak pecat kita. Tak pelik ka dia pergi declare kat public tanpa maklumkan hal tersebut kat dia?
Itu jika kata2 Ustaz Nasha benar la. Kalau dia menipu sila betulkan balik kenyataan dia oke. Aku komen based on what Nasha has responses.
3. Nasha mungkin akan buat roadshow macam Hasan Ali. Beza antara Nasha dan Hasan Ali ialah Nasha berasal dari PAS. Bahkan Nasha bemula dari bawah. Jadi Nasha ada pengikut setia dan tegar. Bahkan Nasha lebih dipercayai berbanding Hasan Ali. Ini kerana Nasha jarang terlibat dengan kontroversi.
So dari sini PAS kena bijak mainkan peranan. Buktikan Nasha sendiri mendorong kepada pemecatan dia melalui tindak tanduk dia. Nasha pasti takan mengaku.Bagi mereka yang jarang ikuti tindak tanduk Nasha pasti tak jelas.. mungkin ada yang terpengaruh. UMNO pasti akan jadikan ini isu.
Jangan lupa, Nasha baru pulang dari Gaza. Gaza, bumi yang umat islam malaysia sayang. Pulang bersama Najib dan berita pemecatan dia pun tersebar. Ini fakta. Persepsi yang timbul ialah PAS tak seronok melihat Najib dan Nasha ke Gaza. Jadi oleh kerana PAS dah buat keputusan ini, pada ketika ini, maka berhadapan la dengan persepsi ini.
Nampaknya "penganut-penganut" Pas dan PR saling meroyan dan bertelagah berhubung pemecatan dan cara ia dilakukan oleh kepimpinan tertinggi Pas.
Hahahaha....
PAS Semakin Tidak Relevan.
Mari kita tengok pula komen DS Najib :
"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik,".
Majlis Syura Pas mengesahkan beliau dilucutkan keanggotaan dari badan tertinggi itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.
Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata, Nasharudin tidak pernah memburukkan mana-mana pihak di setiap pertemuan yang berlangsung.
Katanya, seharusnya lawatan yang dibuat oleh Nasharudin dilihat untuk kepentingan ummah oleh Pas bukan menyoalkan keuntungan mana-mana parti.
"Mereka sepatutnya melihat lawatan ini untuk penyatuan ummah.
"Tetapi mereka lebih melihat menguntungkan kerajaan, Umno dan tidak menguntungkan Pas, jadi sebab itulah mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin," katanya.-
Hmmmm.... Korang ada akai kan???? So pikir la dengan akal yang waras.
Khabar terbaru yang BB dapat mengatakan Ustaz Nasha bakal bertanding di Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti. Kalau betul, baguih sangat la. Gua nak tengok antara "Bapa Sosialis LGBT" dengan Ulama, Siapa Yang Menjadi Pilihan "penganut" PAS???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....