Korang Kenal Nabila Huda? Pasti kenal kan.... Anak Pernyanyi Rock Terkenal Tanah Air yang tidak henti-henti menimbulkan kontroversi di dunia hiburan tanah air. Jika sebelum ini kita disajikan dengan gambar-gambar dari Instagram beliau bersama rakan-rakan di Konsert We Love Asia, terbaru Nabila tampil seksi di Majalah Glam Edisi Lelaki.
Bagi yang terlepas melihat gambar-gambar Instagram beliau, Jom kita lihat di bawah ini.
Huh!!! Nampaknya, Nabila semakin hari semakin berani. Dulu Nabila pernah keluarkan kenyataan berikut :
"Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak tersinggung cara pemakaian
saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf. Saya sedar ia
sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki, namun,
kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai,
saya menutup bahagian tersebut dengan “tube” hitam. Terus terang saya
tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum
saya memang berani mencuba fesyen".
"Apa pun saya sekali lagi memohon maaf
dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.
Cuma apa yang saya harapkan, jangan menilai orang dari cara berpakaian,
bergambar atau apa saja. Pertikaikan bakat dan hasil kerja lebih bagus
dari mengkritik benda lain. Buang sikap suka menghukum dan berfikiran
negatif. Saya berharap, apa saja khilaf yang saya lakukan sama ada sedar
atau pun tidak usah babitkan papa".
Nampaknya Nabila tidak serik dengan kisah lama. Hmm.. mungkin perkara ini sudah kebiasaan dan tidak meninggalkan apa-apa kesan pun untuknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....