Krisis Tebusan di Algeria, 2 Rakyat Malaysia Terbunuh, 3 Selamat


Mayat dua rakyat Malaysia yang disahkan terbunuh semasa krisis tebusan di kompleks carigali minyak di In Amenas, Algeria, dijangka tiba di tanah air Isnin ini, kata Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

"Kita kena tunggu beberapa urusan (dokumen dan forensik) yang perlu diselesaikan di sana sebelum membawa mayat pulang dan sekiranya tiada masalah mayat akan tiba dalam masa dua hari," katanya ketika dihubungi.

Dua rakyat Malaysia yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai Chong Chung Ngen dan Tan Ping Wee.
Sebelum ini Wisma Putra mengesahkan tiga daripada lima rakyat Malaysia yang bekerja di Kompleks itu terselamat iaitu K. Ravi, 48, Lau Seek Chiang, 38 dan Patrick Purait Awang. Seek Chiang dan Ravi selamat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 23 Jan lepas.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, mayat mangsa dikenalpasti pasukan forensik melalui rekod pergigian dan pengesahan ahli keluarga mendiang. 

Katanya, sejurus pengesahan mayat mangsa, Wisma Putra terus memaklumkan berita berkenaan kepada keluarganya.


"Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah dan simpati kepada ahli keluarga mendiang. Kedutaan Mlalaysia dan JGC Corp sedang menguruskan untuk membawa pulang mayat Tan bersama rakan sekerjanya, Chong Chung Ngen dengan segera," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....