Langit tidak kan cerah setiap masa, mendung pasti berarak digantikan sinar mentari.
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan
Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim untuk membatalkan tuntutan 2,020 ibu tunggal di Selangor, yang
difailkan terhadap November lalu.
Tuntutan itu ialah berhubung kegagalan kerajaan negeri dan Khalid melaksanakan janji untuk memberi elaun kepada semua ibu tunggal di Selangor seperti yang dijanjikannya dalam manifesto pilihan raya umum 2008.
Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu atas alasan permohonan plaintif mempunyai asas untuk membuat tuntutan.

Pada 22 Nov tahun lepas, sebanyak 2,020 ibu tunggal di Selangor
memfailkan tuntutan bagi menuntut tunggakan berjumlah RM10.9 juta.
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti
Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP sebagai defendan pertama dan Abdul
Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri sebagai defendan
kedua.
Dalam saman itu, kesemua plaintif mendakwa mereka menjadi mangsa
diskriminasi kerajaan negeri apabila ia gagal menunaikan janji untuk
membayar elaun ibu tunggal sejak menubuhkan kerajaan Mac 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....