KELAS PERTAMA : 4,000 Masih Belum Memohon Pengecualian PTPTN

Ketika masyarakat kita khususnya segelintir golongan mahasiswa mendesak pihak kerajaan untuk menukar status pinjaman PTPTN kepada biasiswa, masih terdapat golongan yang tidak mengendahkan peluang tersebut walaupun layak menikmatinya.

Seramai 4,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang mendapat kelas pertama belum memohon bagi pengecualian bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, sehubungan itu mereka diberi tempoh sehingga 31 Jun ini untuk berbuat demikian.

“Kegagalan berbuat demikian sehingga berakhir tarikh itu akan menyebabkan mereka perlu membayar balik pinjaman sepertimana yang termaktub dalam surat perjanjian pinjaman,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata, pelajar berkenaan boleh melayari laman web PTPTN atau datang sendiri ke pejabat PTPTN bagi membuat permohonan pengecualian pinjaman.



BB pun tak faham juga dengan 4,000 orang ni. Walaupun layak mendapat pengecualian bayaran semula PTPTN ni, namun mereka semacam tidak mengendahkan keistimewaan yang mereka perolehi hasil daripada KEBIJAKSANAAN mereka.

Huh!! Rezeki jangan ditolak beb....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....