Anak muda.... anak muda..... anak muda.... Pelbagai kajian serta analisis semakin cenderung menjadikan golongan muda sebagai skop tinjauan khususnya dalam mengenalpasti corak sokongan mereka kepada parti politik. Terbaru adalah hasil kajian yang dikeluarkan oleh UMCEDEL antaranya:
"Golongan muda akan menjadi penentu kejayaan Pakatan Rakyat (PR) ke
Putrajaya, kata Pengasas Zentrum Future Studies, Prof Dr Abu Hassan
Hasbullah".
Beliau berkata, meskipun tarikh Pilihan Raya Umum ke 13 belum
diumumkan, namun momentum sokongan golongan muda pada masa ini lebih
menyebelahi PR.
“Secara akademiknya, anak muda adalah golongan yang akan buat keputusan
di saat-saat akhir, jadi pastinya penentu kemenangan bergantung kepada
mereka,”
Memang diakui kalau dilihat hebahan serta liputan yang tanpa tapisan hari ini khususnya di media sosial, kita akan bersetuju dengan kajian ini. Namun, mengikut kajian secara online yang BB buat sendiri ketika ini, peratusan anak muda yang menyokong Barisan Nasional (BN) ketika ini mencapai 68%, PR 26% dan tidak pasti atau berkecuali 6%.
Manakala, pengunjung di BB memilih Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kerajaan sekarang (64%), PR akan membentuk kerajaan baru (24%) dan bakinya 12% tidak pasti parti mana yang akan memenangi PRU13 ini.
Terpulang pada pembaca sekalian, selagi PRU13 belum diadakan, keputusan belum diperolehi, pelbagai andaian dan analisi boleh dibuat.
Namun, suka diingatkan bahawa trend pengundi muda sebenarnya telah meningkat menyokong kerajaan sekiranya dilihat pada PRU12 (39%) berbanding keputusan 5 Pilihanraya Kecil (PRK) terakhir (62%).
Apa pun yang pasti, golongan muda inilah yang sebenarnya bakal menjadi penentu kemenangan mana-mana parti yang bertanding. Maka, tidak hairanlah masing-masing berlumba dengan pelbagai cara bagi memenangi hati golongan ini.
Bagi BB, Anak Muda Pasti Dapat Membezakan Antara Janji Ditepati dan Janji Di Capati.
BELIA BERSAMA BARISAN NASIONAL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....