PERDANA
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam,
menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk
masuk campur tangan Palestin. Lebih dari itu, Najib telah pun
menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran
beliau di Gaza sebelum itu.
Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan
lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu.
Najib bukan bodoh.
Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar
dengan lawatan Najib ke Gaza. Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang
hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela
rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk
melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan.
Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita
kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan
terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.
Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhabr Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.
Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini. Punyalah rasa
tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel
pun dikutipnya untuk dijadikan bukti. Sudahlah tu, sumber rujukan
bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak
dinyatakan.
Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di
blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur. Macam-macam pihak yang
dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat
Mahmod Abbas sendiri.
Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari
Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini. Anwar janji nak
lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke
Gaza pulak, sakit hatilah mereka.
Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel,
mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di
Amerika Syarikat dan Israel sendiri.
Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk
menghina dan merendahkan lawatan Najib. Part gebang tak hengat ini
serah saja pada mereka.
Sumber : MyKMU.Net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....