Semakin hampir pilihan raya, pelbagai usaha dilakukan oleh
pembangkang untuk menambat hati rakyat, DAP juga tidak ketinggalan
apabila sanggup mengubah keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif
Pusat (CEC).
Naib Ketua Wanita UMNO Selangor, Datin Paduka Norhayati Onn berkata
apa yang dilakukan oleh DAP itu adalah helah politik untuk memancing
undi Melayu selepas menyedari keputusan pemilihan itu boleh menyebabkan
mereka kehilangan sokongan pengundi Melayu.
“Ia bukan satu kesilapan, tetapi suatu perancangan untuk menutup
kesilapan yang dilakukan selepas menyedari keputusan pemilihan itu boleh
memberi kesan terhadap sokongan pengundi Melayu kepada pembangkang pada
pilihan raya nanti".
“Mengapa selepas tiga minggu keputusan itu diumumkan, baru mereka
menyedari berlakunya kesilapan dan menyalahkan sistem komputer,
keputusan itu memberi tekanan kepada DAP, keputusan itu menunjukkan
parti berkenaan adalah parti perkauman dan ramai di kalangan ahlinya
dari bukan Melayu".
“Rakyat perlu sedar terutama pengundi Melayu bahawa, tindakan mereka
mengubah keputusan itu adalah untuk mengaburi mata orang Melayu dan
sesuatu yang tidak masuk akal apabila undi tempat ke 65 boleh menjadi
tempat ke 20, ini semua silap mata yang dilakukan oleh DAP,” katanya
kepada UMNO-Online hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan pemilihan
Jawatankuasa CEC DAP baru-baru ini yang terpaksa dirombak bagi memberi
laluan kepada calon Melayu untuk berada dalam jawatankuasa berkenaan
sedangkan ketika keputusan diumukan pada hari pemilihan, semua calon
Melayu yang bertanding kalah teruk.
Norhayati berkata, sebelum ini pembangkang sering menuduh Suruhanjaya
Pilihan Raya tidak telus, sedangkan yang sebenarnya DAP sendiri yang
tidak telus, keputusan pemilihan Jawatankuasa CEC boleh dirombak untuk
kepentingan politik.
“Dan bukanlah suatu yang mustahil jika pembangkang boleh merubah apa
sahaja yang dianggap memberi keuntungan tanpa memikirakan hak orang
lain, jika berkuasa sudah berlaku perkara sebegini, bagaimana pula jika
mereka berkuasa nanti,” katanya.
Menurutnya, rakyat jangan terpedaya dengan apa yang berlaku itu
sebaliknya perlu memikirkan apa akan berlkau kepada negara jika mereka
berkuasa, ketika ini pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk merubah
apa yang telah termaktub bagi merealisasikan cita-cita mereka terutanya
DAP. -MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....