Bajet 2013 Sabah Realistik Dan Jana Pembangunan














Bajet Negeri Sabah 2013 disifatkan realistik , seimbang dan memampu mengubah landskap pembangunan khususnya di luar bandar selaras dengan usaha kerajaan untuk menuju ke arah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom, Jamawi Jaafar menyifatkan kerajaan negeri dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Musa Haji Aman menitik berat setiap aspek untuk meningkatkan hidup rakyat di negeri ini.

“Setiap kumpulan yang memerlukan mendapat perhatian sewajarnya untuk sama-sama membangun. Belanjawan negeri 2013 menarik dan melambangkan kerajaan menitik berat terutamanya dalam usaha melengkapkan program pembangunan demi kepentingan rakyat” ujarnya mengulas mengenai Bajet Negeri 2013 yang dibentangkan oleh Musa Aman yang juga Menteri Kewangan Sabah di Dewan Undangan Negeri Sebah, Jumaat lepas .

Jelas Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Bajet negeri kali ini jelas memberikan fokus kepada sasaran yang memerlukan di mana ianya mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan dengan tujuh teras utama iaitu mengukuhkan kedudukan kewangan negeri, menambahbaik infrastruktur asas dan prasarana awam, mempercepatkan hala tuju membangun belia dan modal insan yang bernilai dan berkualiti tiggi, membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf kualti hidup rakyat dan mencampai pembangunan wilayah yang seimbang .

Selain itu, Jamawi memberitahu golongan muda yang menjadi harapan bangsa turut mendapat faedah melalui bajet kali dalam usaha melahirkan modal insan yang bermutu demi menuju ke arah sebuah negara maju.

Dalam pada itu Jamawi berharap agar peruntukan berjumlah RM29.60 untuk Belia dan Sukan dalam bajet kali ini, kerajaan khususnya kementerian Belia dan Sukan turut memberikan perhatian terhadap pembangunan modal insan dalam bidang kemahiran dengan memberikan tumpuan terhadap perlaksanaan pusat dan latihan kemahiran belia setempat .

“Usaha tersebut akan dapat membantu golongan itu untuk terus memajukan diri, sekali gus menyumbang terhadap aspek pembangunan negara.

“Kita berharap kali ini peruntukan yang lebih besar akan dapat diberikan untuk membangunkan ekonomi belia dan menyediakan lebih banyak program berbentuk kemahiran kepada golongan tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, Bajet negeri 2013 kali ini akan meningkatkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negara ini khususnya pada pilihan raya umum kelak. Ianya berbeza dengan bajet pembangkang hanya gemar berjanji tetapi tidak mampu untuk dikotakan berbanding BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....