Pelakon dan Pengarah terkenal Syamsul Yusof mampu membuktikan kesuraman Industri Perfileman di Negara ini tidak langsung mencalar sambutan terhadap filem terbaru beliau keluaran Skop Production.
'Bohsia 2 : Jalan Kembali' yang telah mula ditayangkan sejak semalam di pawagam-pawagam berhampiran telah mencatat rekod baru tahun ini dengan kutipan sebanyak RM1 Juta dalam tempoh 2 hari. Ianya satu kejayaan besar buat anak kepada Datuk Yusof Haslam ini. Malah rekod filem ini telah mengatasi beberapa filem Hollywood yang turut ditayangkan secara serentak sejak semalam.
Nyata filem hasil karya anak muda ini benar-benar menjanjikan kelainan dengan aksi yang lebih terbuka dan berani mengikut citarasa penonton pada masa. Filem ini telah menampilkan Syamsul sendiri selaku pemegang watak utama bersama barisan pelakon hebat seperti Salina Salbi, Nabila Huda, Zizan Razak & Sofi Jikan.
Sumber - Kl Pos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....